Vídeo

Video Lucah Mirip Hun Haqeem Tersebar?

Video Lucah Mirip Hun Haqeem Tersebar?
Video Lucah Mirip Hun Haqeem Tersebar?.. Namanya baru sahaja meningkat naik menerusi drama Kampung People, nampaknya timbul cerita tak sedap didengar apabila pelakon Hun Haqeem pula menjadi mangsa terbaru penyebaran video lucah mirip dirinya di media sosial. Sejak semalam kecoh di laman Twitter apabila tular video lelaki yang menyerupai pelakon yang terkenal dengan watak Jekfer itu dalam keadaan tidak berbaju selain pada hujung video menggosok alat kemaluannya. Di media sosial sedang hangat memperkatakan tentang video tersebut. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan Haqeem atau mungkin pelanduk dua serupa. Dalam pada itu, ada netizen mengatakan ia mungkin perbuatan khianat dan menggunakan teknik super impose untuk menjatuhkan Hun Haqeem. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut daripada tuan badan sendiri berhubung kontroversi berkenaan. Apa pun sama-sama kita nantikan. ...