Vídeo

'Budak-budak duduk dulu' - MP Pasir Salak gelar MP Muar 'budak'

'Budak-budak duduk dulu' - MP Pasir Salak gelar MP Muar 'budak'
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memutuskan bahawa ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang menggambarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai 'budak' adalah jenaka yang dibuat tanpa niat jahat.Ini walaupun telah dibantah oleh ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggunakan peraturan mesyuarat.Terdahulu ketika mencelah penggulungan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin, Tajuddin memerintahkan Syed Saddiq untuk duduk dan menggunakan istilah 'budak' kepadanya.